-Saya Ari, tinggal di Woodlands. Kisah ini berlaku sekitar setahun yang lalu. Lif rumah saya baru dibina pada masa itu. Saya tidak tahu hari apa saya menaiki lif itu, tapi yang saya tahu lif itu cuma boleh mula berfungsi secara rasmi seminggu lagi. Saya memang tak sabar nak naik lif baru itu. Seminggu sebelum ia mula beroperasi, saya pulang daripada kerja pada lewat malam, sekitar pukul 1.30 pagi. Saya pun sudah penat, lalu memeriksa lif baru itu samada boleh digunakan atau belum. Rasa gembira bila lif itu sudah boleh digunakan! Ari tekanlah tingkat nombor tiga. Sebelum pintu lif ditutup, Ari terkejut bila seorang wanita berjalan dengan pantas masuk ke dalam lif dengan kepalanya tunduk ke bawah. Dia menekan tingkat enam. Wanita itu berpakaian putih dan merah. Dia berdiri di belakang saya kerana saya yang akan turun dulu.
Pintu lif ada panel gelas yang boleh melihat luar. Selepas lif bergerak ke atas, saya perasan di tingkat dua ada seorang wanita yang berdiri di luar lif, iaitu wanita sama dalam lif! Saya sudah syak yang wanita di belakang saya bukan manusia. Saya ketakutan hinggakan tidak tahu membaca ayat-ayat suci. Saya tutup mata dan tunggu sampai tingkat tiga. Saya rasakan lif ini naik agak lambat! Apabila rasakan lif itu berhenti, saya terus keluar bergegas lari! Mata saya masih tutup kerana takut sangat2. Lif yang dibina ini terletak di hadapan pintu rumah saya.
Dengan tidak melihat apa-apa, saya terus ketuk pintu rumah! Pintu pun dibuka dan saya terperanjat apabila seorang lelaki berbangsa Tionghua membuka pintu. Lelaki itu marah dan berkata "Why you knock my door this late night! You got problem arh?!". Saya jadi bingung macamana boleh tersalah rumah pula. Saya pun memeriksa tingkatnya. Alangkah terperanjatnya apabila ternampak yang saya sekarang berada di tingkat sebelas! Saya pun ceritakan apa yang berlaku kepada lelaki Cina itu. Lelaki Cina itu teperanjat bila Ari cakap Ari menaiki lif. Dia mengatakan yang lif itu belum boleh naik lagi! Saya pun terkejut! Lelaki itu pun rasa kasihan dan dia pun menghantar saya pulang ke rumah. Bayangkan macamana saya boleh naik sampai tingkat sebelas?!!!