Sabtu, 18 April 2020

DIGANGGU PONTIANAK



 
 
EMAK DIGANGGU PONTIANAK @ LANGSUIR
Assalammualaikum wbt
Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua, Bonda ingin bercerita tentang emak Bonda yg telah diganggu.
Kejadian ini berlaku di rumah sewa yang sangat angker itu ... Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua DIGANGGU PONTIANAK
Pada suatu malam emak Bonda terasa hendak membuang hajat kecil. Oleh kerana ayah tiada sebab keluar berjumpa kawan-kawannya, emak mengajak Bonda temankan. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam.
Pada mulanya Bonda malas hendak temankan. Mata ni mengantuk sangat-sangat. Macam ada gam kat kelopak mata ni.. ke sebab Bonda tertumpahkan gam UHU kat mata? Memang susah nak buka mata ni.
Bonda dengar suara emak tapi mata ni memang tak boleh nak buka langsung. Mungkin bosan nak kejutkan Bonda, emak pun berlalu ke dapur. Akan tetapi sebelum dia bergerak ke dapur sempat juga emak berkata sesuatu yang membuatkan tiba-tiba mata Bonda segar bugar..
Emak kata, " Takpelah kalau tak nak teman..tapi esok-esok kalau ko nak terbe**k tengah malam..silalah pergi sendiri ye.. ". Hah! Amik ko.. Haahahaha...  Bagus betul la emak ni. Main saikologi . Ugutannya menggugat hati nurani ku yg suci lagi mulia ni.. Eceh ! Ada ke patut?
Bingkas Bonda bangun dari tempat tidur. Dengan badan yg terhuyung hayang Bonda mengekori emak turun tangga ke dapur. Bonda terus ikut emak sampai ke bilik air. Sampai di bilik air, tak semena-mena emak berhenti. Dia pusingkan badannya dan memandang Bonda. Matanya tak berkedip-kedip memandang Bonda. Mata Bonda melilau ke kiri dan ke kanan.. dalam hati ni tertanya-tanya.. " Eh! Kenapa emak ni? " . Bonda mula dah seriau.
Emak masih lagi diam membisu. Kaku sambil memandang Bonda. Bonda garu kening yg tak gatal. Tiba-tiba emak berbisik, " Kok ye nak teman pun.. tak payah la ikut masuk dalam bilik air sekali.." . Hoh! Baru Bonda perasan yg Bonda ikut emak masuk sekali ke dalam bilik air. Bonda sengih.. emak menjeling tajam. (  kalau kami duduk bersembang pasal ni mesti tergelak besar apa la Bonda ni.. )
Selepas emak tutup pintu bilik air, Bonda pun menuju ke tangga batu di dapur. Hajat hati nak letakkan kepala kat tangga. Nak tutup mata sekejap. Bonda baru saja letak punggung di atas tangga..baru menyandarkan badan, tak sempat pun nak letakkan kepala di atas tangga emak dah keluar dari bilik air. Bonda lihat emak berjalan laju sambil betulkan kain batiknya.
Tanpa berkata-kata emak terus tarik tangan Bonda naik tangga. Sampai nak tersungkur Bonda dibuatnya. Apa hal ni? Nak tanya tak berani apabila melihat akan keadaan emak ketika tu. Emak arahkan Bonda untuk tidur.
" Tidur! " , itu saja yg emak katakan kepada Bonda. Tanpa banyak tanya, Bonda rebahkan badan atas tilam dan paksa diri untuk tidur. Dalam kepala ni dah fikir macam-macam. Sedang Bonda cuba nak tidurkan diri, Bonda dengar seperti bunyi orang berjalan atas daun kering. Ssrreetttt.ssrrettttt.ssssssrrreeettt.. bunyi tu tetiba hilang dan diganti dengan bau bunga melur.
Memikirkan yang depan rumah ini ada pokok bunga melur yang besar, Bonda ambil positif tentang bau terebut. Manakala bunyi seret atas tanah itu mungkin bunyi biawak yang sedang berkeliaran .. ( agaknya laaa.. ). Tak mahu fikir yg bukan-bukan Bonda pejam mata kuat-kuat. Ambil bantal tutup muka. Entah bila Bonda terlelap pun Bonda tak tahu.
Dipendekkan cerita, keesokkan petang selepas Bonda pulang dari sekolah.. terus Bonda bertanyakan kepada emak.tentang kejadian malam semalam.
Bagi sesiapa yg mengikuti kisah Bonda dirumah sewa yg angker tu asti ingat lagi akan kedudukan bilik air rumah tersebut. Ingat lagi bukan?
Baiklah..Bonda ceritakan balik secara ringkas akan kedudukan bilik air tersebut. Tapi SEBELUM itu, Bonda mahu...bagi mereka yang sedang membaca kisah ini.. FOKUS ! Dan cuba bayangkan serta cuba letakkan diri anda semua di tempat kejadian..SEDIA?
Kedudukan bilik air ini berada dibelakang sekali. Dindingnya separa batu-bata & separa zink tebal. Manakala atapnya juga zink tapi tidak menutup bilik air keseluruhannya. Hanya setengah depa bahagian atas bilik air yang terbuka. Berhadapan dengan dinding bilik air & juga pintu belakang terdapat sebatang pokok petai yang besar dan berbuah lebat. Hinggakan salah satu hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air yang terbuka. Buah petainya terjulur masuk sedikit ke dalam biik air.
Emak menceritakan selepas dia menutup pintu bilik air, dia pun teruskan niatnya nak membuang hajat. Kedudukan emak Bonda ketika itu menghadap dinding ke belakang. Ini bermakna di depannya ( bahagian luar bilik air ) pokok petai.
Sedang membuang hajat kecil, emak Bonda terperasan daun-daun petai jatuh berguguran ke lantai bilik air yang basah. Emak pula rasa pelik. Hendak dikatakan angin..tak terasa angin bertiup. Malam tu memang terasa bahang..
Daun-daun petai makin lama makin banyak jatuh berguguran ke lantai seperti salji.. Jadi emak Bonda dongak ke atas secara perlahan-lahan. Cuba mencari puncanya daun petai itu berguguran..
Allahuakhbar !! ..
Di atas dahan yang hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air.. emak Bonda nampak susuk badan perempuan berselubung dengan kain putih labuh sedang duduk sambil kakinya berjuntai-juntai ke bawah ( seperti anak kecil duduk di buaian..kakinya di goyang-goyangkan ke depan dan belakang ). Mukanya tidak kelihatan sebab terlindung dengan rambutnya yang sangat panjang. Kulitnya sangat pucat serta kukunya yang runcing dan hitam sedang bermain-main dengan rambutnya..
Tapi yang terang-terangan, emak Bonda nampak mulut perempuan itu tersenyum. Ini bukan sebarang senyuman .... Ini senyuman yg mampu membuat segala bulu-bulu di tubuh badan SEPAKAT naik serentak! Kalau SEPAKAT MEMBAWA BERKAT tidaklah diherankan sangat tapi SEPAKAT INI MEMBAWA TANDANYA BALA AKAN TIBA...!! Itu yang emak takutkan..
Agaknya DIA tahu yang emak Bonda sudah nampak akan dirinya yang tidak seberapa indah itu.. kakinya tiba-tiba berhenti bergoyang. Tangannya berhenti bermain dengan rambutnya. OMG! Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua DIGANGGU PONTIANAK
 
Kata emak lagi. Sebelum perempuan itu menoleh sepenuhnya kepada emak, ada baiknya emak cepat-cepat bersihkan diri. Tanpa menoleh dan memandang ke atas emak terus tunduk dan selesaikan semuanya seberapa cepat yg boleh.
Dalam pada bergelut nak buka pintu bilik air, emak Bonda terdengar suara perempuan itu tergelak halus.. Mulut emak tak berhenti-henti beristighfar kaki emak rasa kebas..langsung tak terasa kakinya jejak ke lantai.. Terus emak buka pintu bilik air dan bergegas keluar.
Dan bunyi serta bau yang Bonda alami malam tersebut adalah tanda kehadiran makhluk tersebut diluar rumah Bonda. Ini berdasarkan cerita ayah Bonda yg kebetulan balik 15 minit selepas itu. Ayah nampak makhluk itu terbang menghala ke pokok kekabu yg berada di depan rumah..
Adakah susuk perempuan tersebut PONTIANAK? Ataupun LANGSUIR?
Cuba teka? Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua DIGANGGU PONTIANAK